MELAKA, 9 Mac - World Assemby of Youth (WAY) akan membantu belia Palestin dalam usaha pembentukan sebuah Parlimen Belia di sana. Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Setiausaha Agung WAY, Ediola Pashollari ketika menerima kunjungan hormat deligasi Malaysia-Palestine Youth Movement (MPYM) di ibu pejabat WAY, Ayer Keroh, di sini hari ini.
Jelasnya, idea penubuhan Parlimen Belia Palestin adalah satu idea bernas dalam usaha meningkatkan keupayaan belia palestin bagi menyuarakan hak
dan pendapat mereka untuk membantu rakyat Palestin terutama golongan belia.
Menurut Ediola, WAY bersedia menawarkan kepakaran dari segi konsultasi dan bimbingan jika pihak MPYM bersungguh-sungguh untuk mewujudkan Parlimen Belia di sana.
"Pihak WAY sendiri secara tidak langsung terlibat menasihati Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan apabila kerajaan Malaysia berhasrat untuk mewujudkan Parlimen Belia Malaysia.
"Dan kini, Parlimen Belia Malaysia sudah menjadi kenyataan. Memang itu hasrat kami (WAY) untuk membantu para belia di setiap negara, selain berusaha menggalakkan budaya sukarelawan di kalangan belia di seluruh dunia, katanya.
Sebelum itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj Ali Rustam pada semalam telah meluangkan masa bertemu dan beramah mesra bersama para deligasi MPYM di World Youth Hotel..
Beliau turut memberi ucapan dan memberitahu bahawa Malaysia sentiasa menyokong segala usaha untuk membangunkan negara Palestin.
"Saya bangga dengan semangat kamu semua yang bersungguh-sungguh untuk membantu membangunkan negara Palestin.
"Jangan biarkan diri kamu ditindas. Tingkatkan penguasaan ilmu kalian kerana ilmu mampu mengubah nasib sesuatu bangsa, jelasnya sambil memberi semangat kepada deligasi MPYM. -PutrajayaOnline





Post a Comment